Friday, December 18, 2009

KESEDIHAN YANG BERLALU.

(nukilan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.thanks!)

hari yang sungguh indah pada pagi ini
matahari yang semalamnya menyembunyikan diri
kini sudah kembali memperlihatkan dirinya
tersergam indah nun disana

cantiknya kelihatan menenangkan jiwa
jiwa yang gundah terubat kini
kecantikan matahari yang menyinar alam
mengembalikan semangatku

hari ini aku bertekad
melupakan kesedihan semalam
hari semalam adalah sejarah bagiku
sejarah yang akan ku buang jauh

aku perlu bangkit dari kesedihan ini
bangkit mencari kebahagiaan diri
tanpa menyesali kesedihan semalam
kini segalanya hanya tinggal kenangan

hasil karya hak milik keyla

Friday, December 11, 2009

NEWTON [2008/2009] KHAS UNTUK KALIAN.

(nukilan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.thanks!)

matahari menyinari pagi ini,
indah menonjolkan diri,
bersama membawa kebahagiaan,
namun tetap tersembunyi setitis kedukaan,
hari ini kita bergembira bersama,
tiba saatnya nanti kita akan terpisah,
aku bersama jalanku kau bersama jalanmu,
jalan yang akan menjanjikan kejayaan,
aku pasti suatu ketika nanti,
kita akan kembali bersatu,
menggalas memori bersama kejayaan,
bergelak ketawa kegembiraan,
teman sejati kini masanya,
kita harus berpisah kala ini,
ini mungkin memori akhir kita,
janganlah kau melupainya,
perkenalan kita satu anugerah,
jadikannya sebagai kenangan terindah,
pengingat teman pengubat rindu,
tersemat indah dalam memorimu.

NEWTON DALAM KENANGAN [2008/2009]
~STAND BY ME.TOGETHER MAKE IT LOVE.FOREVER MAKING YOU SMILE.~

hasil karya hak milik keyla

ANDA DILAMUN CINTA BILA...

12. kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur kamu masih teringat padanya.
11. kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
10. kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
9. kamu akan tersenyum bila mendengar suaranya.
8. bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain disekeliling, kamu hanya nampak dia.
6.dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
5. kamu perasan kamu selalu senyum apabila memandangnya.
4.kamu akan lakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
3. semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajahnya sahaja.
2. kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor 7 tiada.
1. kamu akan balik ke atas untuk memastikan betul nombor 7 tiada dan kamu akan tergelak sendiri.

KEHEBATANNYA.

cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan  padanya serta menjadikan anak kecil menjadi pemimpin.dasyatnya cinta.apabila sampai saatnya bercinta,raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.peluklah dirinya dan jangan kau lepaskannya dari sisimu.

KEMUNGKINAN.

mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.sebaliknya ucapkanlah kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati sehinggalah kita kehilangannya.pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendokannya walaupun dia tiada disisi kita.

PUJAANKU.

(nukilan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.thanks!)

keindahan wajahmu menjadi mimpiku,
membuatku lalai dan terpesona,
keunikan suaramu meruntuhkan jiwaku,
kemerduannya menusuk sanubariku,
aku kealpaan dengan senyumanmu,
menjadi igauan hidupku,
aku cinta padamu kekasih,
sambutlah genggaman tanganku,
raihlah kebahagiaan bersamaku,
kesempurnaan hidup yang dicari.

p/s ; khas for someone...

hasil karya hak milik keyla

KEINDAHAN YANG DI NANTI.

(nukilan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.thanks!)

malam ini bulan menyaksikan kesedihanku,
aku keseorangan menikmati keindahan alam,
tanpa ditemani sang kekasih hati,
hanya bulan dan bintang yang sudi menemaniku,
dikala malam yang sunyi,
aku teringat akan dirimu yang ku sayangi,
walau kau memperlakui aku seperti ini,
aku akan tetap setia padamu,
aku tidak mungkin akan berpaling tadah darimu,
mencintaimu adalah kebahagiaan bagiku,
malam ini juga kau telah mengajarku erti sebuah perhubungan,
akan tetapi sikapmu tidak separti yang aku jangkakan,
kau diam membisu bersama angin malam,
aku menantimu penuh kesabaran,
sehingga kini kau tetap tiada disisiku.

p/s ; teringat someone la...huhuhu

hasil karya hak milik keyla

Wednesday, December 9, 2009

SELAMAT.SELAMAT.SELAMAT.

selamat pagi semua...wa da lme xupdate blog..rndunyerr kt blog..hahahah byk btol cter aq..hahaha alhamdulillah..akhirnyer b'jye gak aq b'prg..SPM da hbs!!!!lps nie leh wat mcm2 yg aq ske..seronok..aq da pk mcm2 da ntok cti nie sblm wat pape..hahaha

hari aq nk stat kn kje aq berjalan..hahaha mak aq ckp mentang2 da hbs exam...aq xpeduli pape..aq nk kuar!!!

now tbe mse nyer aq kuar!!!bye3...